Saidina
Ali Karramallahahu wajhah berkata, ˜saya dengan Fatimah menghadap
Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata
kepadanya, ˜Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”,
Baginda menjawab, ˜Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana
aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat,
dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh
mereka, Ali bertanya, ˜Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah
SAW bersabda, ˜aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak
kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan
tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah
ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan
terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan
memakan tali perutnya sendiri.”
˜Aku
melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke
dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada
lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta”
Sebab-sebab wanita masuk neraka
Fatimah
pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ˜ Ayahanda yang dikasihi,
apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?”
Rasulullah
menjawab, ˜Fatimah, adapun perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya
itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan
muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang
menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.”
˜Perempuan
yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain
dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya
tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan
suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas.
Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias
untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang”.
˜Perempuan
yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia
memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua
kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh
sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah”
˜Perempuan
yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli
pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah
perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.”
˜Perempuan
yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti
Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke
belakang tengkuknya.”
Sementara
itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ˜Aku mendengar Rasulullah
bersabda, ‘Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati
suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para
malaikat dan laknat oleh manusia.”
Tidak bersyukur kepada suami
Usamah
bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ˜Seseorang
perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan
berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat
setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu
syurga yang ia kehendaki.”
Sabda Rasulullah SAW lagi:
˜Selain
dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah
berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ˜Ya Rasulullah,
kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ˜Rasulullah SAW
menjawab: ˜Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana
perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat
yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup
sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.”
by FieZtA music
Tidak ada komentar:
Posting Komentar